Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Persatuan dibenar cabar majlis berkait pengendalian anjing liar

today17 November 2026

Background


Court of Appeal Mahkamah rayuan
Sidang tiga hakim di Mahkamah Rayuan kata PeLindung membangkitkan kes yang boleh dihujahkan.
PUTRAJAYA:

Mahkamah Rayuan membenarkan sebahagian rayuan oleh Persatuan Perlindungan Haiwan Kluang (PeLindung) untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Majlis Perbandaran Kluang (MPK) berhubung dakwaan layanan dan pelupusan anjing liar.

Sidang tiga hakim iaitu Shahnaz Sulaiman, Amerjeet Singh dan Alice Loke memberikan kebenaran kepada PeLindung untuk memohon perintah certiorari dan relif perisytiharan pada peringkat semakan kehakiman substantif.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan PeLindung untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan relif-relif lain yang dimohon.

Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu, Shahnaz berkata sidang hakim mengambil maklum bahawa suatu pengumuman berhubung pematuhan terhadap tatacara operasi standard (SOP) telah dibuat pada 8 Feb 2025.

Mahkamah mendapati permohonan semakan kehakiman ini difailkan dalam tempoh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post