Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pentadbir, guru diberi pelepasan tugas sementara berkait pelajar maut di sekolah

today19 November 2026

Background


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kamera litar tertutup berhampiran kawasan kejadian disahkan berfungsi dengan baik dan rakamannya telah diserahkan kepada polis bagi membantu siasatan.
IPOH:

Kementerian Pendidikan (KPM) tidak berkompromi sekiranya siasatan mendapati berlaku kecuaian atau pelanggaran prosedur keselamatan berhubung kematian seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah berasrama di Kuala Kangsar, semalam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata beliau memandang serius kejadian tersebut dan telah mengarahkan KPM memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus.

“Saya menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menghormati privasi keluarga mangsa. Berikan ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.

“Semoga keluarga mangsa terus diberikan kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook lewat malam tadi.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Wolff jamin naikkan gaji Antonelli

Las Vegas: Ketua pasukan Mercedes Formula Satu (F1), Toto Wolff menegaskan semua pihak tidak perlu bimbang mengenai masa depan gaji juara dunia baharu, Andrea Kimi Antonelli selepas kejayaan sensasi pelumba muda itu merangkul gelaran dunia.

today19 November 2026