

YTL Power International Bhd menafikan dakwaan pusat datanya di Johor terbabit dalam membantu pemindahan cip Nvidia kepada pelanggan China, sambil menyifatkan laporan mengaitkannya dengan kontroversi itu sebagai spekulasi tidak berasas.
Syarikat itu menegaskan operasi YTL Data Centres hanya menyediakan perkhidmatan kolokasi kepada pelbagai pelanggan antarabangsa, termasuk syarikat teknologi berskala besar dari Amerika Syarikat (AS).
“Laporan bersifat spekulatif dan tidak berasas yang membayangkan pusat data YTL membantu pemindahan unit pemprosesan grafik (GPU) Nvidia kepada pelanggan China adalah sama sekali tidak benar,” menurut kenyataan itu.
YTL Power menjelaskan perkhidmatan kolokasi ditawarkannya merangkumi penyediaan ruang, bekalan elektrik, sistem penyejukan dan sambungan rangkaian bagi menempatkan peralatan pelanggan.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: