

Mahkamah Rayuan memerintahkan KLIA Associates Sdn Bhd (KLIAA) dan KLIA Consultancy Services Sdn Bhd (KLIACS) membayar RM1.93 juta kepada sebuah syarikat pembinaan bagi wang tahanan tertunggak berkaitan projek Pusat Kecemerlangan Lembaga Getah Malaysia (LGM) di Sungai Buloh, Selangor, pada 2017.
Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Lim Chong Fong membenarkan rayuan Koridor Padu Sdn Bhd terhadap kedua-dua syarikat yang beroperasi sebagai konsortium KLIAA-KLIACS.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua syarikat membayar RM1,933,606.23 kepada Koridor Padu, selain kos RM30,000.
Dalam keputusan pada 2 Nov lalu, mahkamah memutuskan konsortium itu tidak boleh menggunakan perjanjian rakan pelaksana projek (PDP) yang dimeterai dengan LGM sebagai alasan untuk menafikan hak Koridor Padu terhadap wang tahanan…