

Amanah tidak bertanding PRN Sarawak 12 Dis ini bagi memberi tumpuan persiapan menjelang PRU16, kata Presiden Mohamad Sabu.
“Kita akan menumpukan kepada PRU yang semakin dekat,” katanya menurut Bernama selepas menyampaikan Pidato Presiden pada Konvensyen Nasional Amanah 2026, di Shah Alam.
Beliau yang juga menteri pertanian dan keterjaminan makanan, berkata parti itu akan menggembleng usaha, sumber, dan tenaga bagi memperkukuh persiapan menghadapi PRU16.
Mohamad berkata, beliau juga memahami usaha dan pengorbanan ahli parti itu yang telah menghabiskan banyak wang, masa, dan tenaga sepanjang kempen PRN Johor, Negeri Sembilan, dan Melaka.
Terdahulu, dalam pidato presidennya, Mohamad mengingatkan ahli Amanah yang bernaung di bawah Pakatan Harapan (PH) supaya membuat persediaan rapi menghadapi PRU16, susulan kerjasama…