Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Remaja 14 tahun hilang selepas keluar bermain bola keranjang

today23 November 2026

Background


Chen Youki
Remaja perempuan berusia 14 tahun, Chen Youki dilaporkan hilang selepas keluar rumah di Lenggeng, Nilai pada 18 Nov lepas. (Gambar PDRM)
NILAI:

Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Melati, Ulu Beranang, Lenggeng pada 18 Nov lepas.

Ketua Polis Nilai, Johari Yahya, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Chen Youki pada 9.46 malam, 21 Nov.

Beliau berkata berdasarkan laporan yang diterima, pelajar tingkatan dua itu keluar dari rumah pada 18 Nov kira-kira 4 petang untuk bermain bola keranjang bersama rakan-rakannya.

“Ketika keluar, remaja itu memakai kemeja-T putih dan seluar pendek. Sehingga laporan polis dibuat remaja berkenaan masih belum pulang ke rumah manakala panggilan telefon daripada ahli keluarganya tidak dijawab,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menyeru orang ramai yang melihat remaja berkenaan atau mempunyai maklumat mengenai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Liverpool patut mampu ledak lebih banyak gol

Liverpool: Andoni Iraola menyifatkan Liverpool mampu menjaringkan lebih banyak gol ketika membelasah Manchester United 4-0 pada aksi di Anfield, awal pagi tadi, sambil memuji persembahan Florian Wirtz dan Rio Ngumoha yang menjadi tonggak kemenangan besar itu.

today23 November 2026