Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penduduk bimbang air lumpur mengalir deras dari kawasan tanah runtuh

today23 November 2026

Background


mudflow rumah dr wong paya terubong
Air bercampur kelodak mengalir deras melalui kawasan di mana 6 rumah diarahkan ditutup susulan kejadian tanah runtuh di Paya Terubong, Pulau Pinang, bulan lepas.
GEORGE TOWN:

Penduduk berhampiran lokasi tanah runtuh yang membawa maut di Paya Terubong bulan lepas bimbang akan keselamatan mereka selepas air lumpur mencurah melalui sebuah rumah tidak berpenghuni dan membanjiri sebuah lagi kediaman malam ini.

Susulan hujan sekitar 8 malam, air bercampur kelodak dilihat mengalir deras melalui rumah kosong bersebelahan kediaman Dr Wong Kar Lin, yang maut akibat tertimbus tanah bulan lepas, di Taman Seri Rambai, iaitu satu daripada enam rumah yang diarahkan dikosongkan berikutan kejadian tanah runtuh pada 25 Okt lalu.

Air itu mengalir ke arah rumah lain sehingga membanjiri anjung rumah jurugambar, Teoh Kean Hooi, di seberang jalan di Lebuh Rambai 6.

Teoh, 34, berkata air lumpur itu mencurah turun walaupun hujan pada awal malam tadi tidak terlalu lebat.

Katanya, rakaman CCTV yang diperoleh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Predeep Nambiar


Previous post