

Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kedah boleh berdepan cabaran undang-undang baharu jika menggunakan peraturan pelesenan untuk memastikan premis perjudian terus ditutup meskipun mahkamah telah memutuskan larangan menyeluruh perjudian di negeri itu adalah tidak sah, kata pakar undang-undang.
Ainul Jaria Maidin daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, PBT boleh menolak permohonan lesen atas alasan munasabah seperti kebimbangan berkaitan trafik, keselamatan atau kacau ganggu awam, tetapi tidak boleh berbuat demikian semata-mata kerana kerajaan negeri menentang perjudian.
“Jika setiap permohonan kedai pertaruhan ditolak tanpa mengambil kira keadaan masing-masing, mahkamah mungkin membuat kesimpulan bahawa pihak berkuasa sedang…