

Ironi adalah perkataan yang sepatutnya sinonim dengan politik. Apa tidaknya, musuh boleh jadi kawan, kawan boleh jadi musuh, orang yang ditentang reformasi dia pula yang memenangkannya.
Dulu tahun 80-an dan 90-an, saya menyokong Dr Mahathir Mohamad 100%. Kemudian saya amat membenci beliau dari tahun 1997 hingga 2016, berlatarkan reformasi ketika itu. Apabila beliau bekerjasama dengan Pakatan Harapan, saya menyokong Mahathir sehinggalah 2020 apabila beliau ditikam belakang oleh parti sendiri — sedap juga melihat Mahathir ditikam oleh gengnya sendiri. Sekarang saya menulis pula bahawa pandangan beliau tentang PAS jelas lebih benar berbanding tanggapan saya terhadap parti itu, sejak dari 1997 hingga PAS berkawan dengan Umno dan Najib Razak.
Tujuan saya menulis artikel ini adalah kerisauan saya tentang nilai dan sikap orang Melayu. PAS kini memperlihatkan nilai yang cukup membimbangkan tetapi yang peliknya tak ramai agamawan akademik yang menegur secara langsung. Maka terpaksalah…