

Parti Wawasan Negara (Wawasan) tidak bertanding PRN Sarawak 12 Dis ini selari pendirian PAS.
Naib Presiden, Wan Saiful Wan Jan, berkata keputusan itu diambil selepas melihat pendirian PAS yang sebelum ini menyatakan tidak akan bertanding pada pilihan raya tersebut.
“Baru-baru ini, kita dengar komen daripada PAS bahawa mereka tidak meletakkan calon. Jadi, kita daripada Wawasan pun mengambil pendirian yang sama bahawa kita tidak meletakkan calon dalam PRN Sarawak,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen.
Bagaimanapun, Wan Saiful berkata parti itu tetap mempunyai kekuatan di Sarawak dan mahu memainkan peranan dalam pilihan raya berkenaan.
“Saya ada berbincang dengan pemimpin Wawasan di Sarawak. Sebenarnya kita ada kekuatan juga di negeri Sarawak ini.
“Saya minta mereka mengadakan perbincangan segera dengan pemimpin beberapa parti politik di…