

Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bakal melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas menerima ijazah sarjana hari ini.
Presiden UIAM Abdul Rashid Hussain mengumumkan perkara itu pada Istiadat Konvokesyen UIAM ke-42 yang berlangsung di Pusat Kebudayaan UIAM di kampus Gombak.
“Saya berbesar hati mengumumkan bahawa perjalanan akademik baginda akan diteruskan bersama kami ke peringkat doktor falsafah,” katanya.
Tunku Azizah merupakan antara 5,489 graduan pada majlis itu. Baginda turut menerima Anugerah Pelajar Terbaik bagi program Sarjana Sastera Pemikiran dan Tamadun Islam, yang diselesaikannya selepas dua tahun pengajian di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun…