Siapa yang dah mula terjebak dengan lagu Si Nopal beberapa hari ni? Setiap kali tonton video, mesti tak kering gusi kan?
Walaupun video yang dihasilkan itu datangnya dari negara lain dan menggunakan bahasa yang berbeza selain sukar difahami, ia masih diterima masyarakat kita kan?
Lagu dan video lucu yang dihasilkan dari kartun animasi Si Nopal itu menyaksikan seorang kanak-kanak perempuan bersama abangnya berasal dari Indonesia.
Ia mula menjadi terkenal di Malaysia akhir-akhir ini dan semakin popular selepas penyanyi Wany Hasrita secara spontan menyanyikan lagu terbabit menerusi Insta Stories miliknya atas permintaan peminat.
https://www.youtube.com/watch?v=Ah2eb5Cl1Gg
Tidak berakhir disitu, artis-artis lain turut ikut serta dan tidak ketinggalan melakukan parodi si Nopal, termasuk Haziq Hot FM, Sherry Al-Hadad dan Hael menerusi rancangan Muzik-Muzik 34 semalam.
https://www.instagram.com/p/Btvsn7bHnOB/
Jihan Muse yang memang terkenal dengan jolokan ratu parodi turut tidak ketinggalan mengikut serta!
Yang paling menarik video berkenaan diambil sambil menunjukkan Jihan sedang berada di dalam khemah. Kelakar kan?
https://www.instagram.com/p/BtpaUplHx8-/
Walaupun video-video berkenaan berdurasi hanya beberapa minit sahaja, namun ia kini telah tular dan berjaya membuatkan netizen terhibur.
Sekitar Majlis Ulangtahun Haneesya, Peminat Tak Ketinggalan Tinggalkan Nasihat
Walaupun terpaksa berhadapan dengan kecaman pelbagai pihak diawal pembabitannya dalam industri seni tanah air, model Haneesya Hanee masih tidak berputus asa dan berusaha sedaya upaya untuk menebus kesilapannya yang lalu.