Seperti sedia maklum pelakon, Atikah Suhaime baru sahaja putus tunang bersama penyanyi, Awi Rafael beberapa minggu lalu.

Sebagai selebriti, Atikah sering berkongsi gambar di laman sosial untuk tatapan peminat.
Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya Atikah telah memuat naik foto sedang berenang di pantai sekaligus menarik perhatian netizen.

Hm…memegang semula status ‘single’, Atikah nampaknya sudah kembali dengan penampilan seksi dan ‘daring’.


Lalu, foto tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menasihati pelakon kontroversi itu untuk tidak mengenakan pakaian menjolok mata.

Sebelum ini, Atikah Suhaime dan Awi Rafael telah mengikat tali pertunangan selama setahun namun hubungan mereka tidak bertahan lama apabila nekad membatalkan majlis perkahwinan demi kebaikan masing-masing.

Mungkin belum masanya Atikah bertemu jodoh dan kini mahu mencari ketenangan hati.
Doakan yang baik-baik sahaja buat Atikah.
Soalan-Soalan Penting Sebelum Korang Nak Serius Dalam ‘Relationship’
Menurut penasihat hubungan, Gurpreet Singh mencadangkan ada beberapa perkara yang boleh korang tanyakan untuk mengetahui sama ada korang betul-betul sesuai tak untuk pasangan korang.