Tahniah diycapkan buat pelakon Anzalna Nasir yang telah selamat menimang cahaya mata lelaki pada 31 Mei (Jumaat) lalu.

Berita menggembirakan itu dikongsi Anzalna dan suami, Hanif Zaki menerusi laman Instagram mereka pada Isnin.
https://www.instagram.com/p/ByPJOPbBIOQ/
https://www.instagram.com/p/ByPHuaZAbrJ/
Anzalna dan suaminya turut berkongsi momen terindah itu di laman You Tube, bermula detik dia memasuki dewan pembedahan hingga si comel dibawa bertemu ayahnya untuk diazankan.
Wah, nampaknya Aidilfitri tahun ini begitu bermakna buat pasangan ini apabila dapat beraya bersama ‘orang baru’ dalam kehidupan.

Anzalna dan Hanif atau nama lengkapnya, Hanif Zaki berkahwin pada Februari 2016 selepas 10 tahun perkenalan.

Post comments (0)