Perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan untuk hidup bersama selain daripada penggalasan tanggungjawab.
Bila sebut pasal akad, kebiasaannya para wanita mesti menjadi tumpuan disebabkan mereka ini adalah antara kaum yang mempunyai hati yang mudah tersentuh.
Lain pula dengan kisah lelaki yang bernama Syazwan Abdullah apabila dilihat mengalirkan air mata pada hari pernikahannya.
Gambar-gambarnya mula tular menerusi media sosial sejak beberapa hari lalu sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen.
Find yourself a man who cried in happiness for having you as his life partner. pic.twitter.com/Abfi4sXVHP
— Syazwan Abdullah (@muhdjakpo) June 9, 2019
Mula dikongsikan menerusi laman Twitter Syawzan, gambar yang dimuat naik kini mendapat lebih 15,000 retweets!
Mungkin ramai yang menyifatkan Syazwan menangis kerana bersyukur, namun ada sebab lain disebalik tangisan itu.
Namun, isterinya Asyikin Rozi telah mendedahkan sebab lain mengapa suaminya menitiskan air mata pada hari bahagia mereka.
https://twitter.com/AsyikinRozi/status/1137976889094500353
Syazwan sebenarnya sebak selepas mendengar soalan daripada Tok Kadi tentang ibu bapanya.
Mengenangkan semula ibu dan ayah serta dirinya yang ‘bersendirian’ di hari bahagia ini, Syazwan tampak gagal menahan sebak.

Apa-apa pun, tahniah buat kedua mempelai dan semoga masjid yang dibina ini kekal hingga ke syurga ya.
Post comments (0)