Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Filem Nur: Masih Adakah Ustaz Hamadi?

today12 July 2019

Background

Pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin, mengakui sedang dilema bagi memenuhi permintaan peminat yang mahu watak Ustaz Hamadi dihidupkan kembali dalam versi Filem Nur.

“Saya memang perlu berjumpa Azhan bagi meyakinkan dirinya, dengan apa cara sekalipun, berhubung perkara itu,” katanya.

“Malah, kami turut menerima beberapa cadangan lain untuk terus mewarnai lagi watak Ustaz Hamadi, termasuk mewujudkan karakter lain.

“Perbincangan dan pertemuan lanjut memang perlu dibuat segera, bukan dengan Azhan sahaja, sebaliknya bersama pelakon lain juga,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, Shahrulezad mengumumkan bakal mengangkat drama Nur lakonan Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Noorkhiriah, Fatimah Abu Bakar dan Azhan itu ke layar lebar, tahun depan.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *