Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Nicki Minaj Umum Persaraan, Mahu Tumpukan Perhatian Terhadap Keluarga

today6 September 2019

Background

Penyanyi rap Amerika, Nicki Minaj semalam mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan persaraan daripada dunia muzik untuk menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap keluarga.

Nicki yang terkenal dengan pelbagai lagu termasuk “Super Bass” bertunang dengan jejaka pilihannya Kenneth Petty selain memaklumkan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

https://twitter.com/NICKIMINAJ/status/1169676721865412608

Pengumuman itu menerima pelbagai reaksi jutaan pengikutnya.

Rata-rata meluahkan rasa sedih dan ada juga yang menganggap ia sebagai gurauan.

Berita berkaitan persaraan beliau dianggap tidak sesuai pada masa ini kerana Minaj baru sahaja melancarkan beberapa album pada musim panas yang lalu.

Antaranya termasuklah pop remix seperti Welcome to the Party dan Hot Girl Summer bersama Megan Thee Stallion dan Ty Dolla $ign.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *