
Ahad lalu, pelakon, Nur Risteena Munim terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bersama keluarga di Jalan Tun Razak berhadapan Institut Jantung Negara (IJN) sekitar pukul 2 pagi ketika pulang dari menyambut ulang tahun kelahiran bapanya.
Perkara itu didedahkan oleh Risteena menerusi satu posting di laman Instagramnya.
https://www.instagram.com/p/B2azmqMpdol/
https://www.instagram.com/p/B2cQelNJzhN/
Kakak kepada selebriti, Ruhainies itu juga mengakui trauma dengan insiden yang berlaku namun bersyukur semua ahli keluarganya selamat.


Semoga Risteena dan famili tabah, lebih berhati-hati di jalan raya dan segera sembuh.
Post comments (0)