Waktu sekolah adalah masa yang paling sesuai untuk kita semua bergiat aktif dalam semua acara mahupun pertandingan. Tidak kira lah dalam apa jua bidang yang diminati sama ada nyanyian, tarian, pidato ataupun sukan, masing-masing pasti ada minat dan sebab yang tersendiri.
Minat tersebut pula kadang kala datang dari diri sendiri dan ada juga yang diinspirasi dari keluarga yang sememangnya banyak menghabiskan aktiviti dengan perkara yang diceburi.
Terkini menerusi perkongsian seorang guru yang dikenali sebagai Ustazah Zu dari sebuah sekolah di Jeli Kelantan, bercerita tentang keunikan salah seorang pelajarnya.
Pelajar yang diberi nama Azram baru-baru ini telah tampil membuat persembahan pada sebuah majlis orientasi yang diadakan di sekolah tersebut.
https://www.facebook.com/hotfm976/videos/530639031059116/?epa=SEARCH_BOX
Buat pengetahuan ramai, Azham adalah seorang pelajar tingkatan 5 yang bersuku Jahai iaitu orang asli dari puak Negrito yang terdapat di Perak dan Kelantan.
“Azram pemalu tapi aktif dan suka membantu. Dia lebih bersifat ada kepimpinan. Agak senang didekati juga la kalau kena gayanya.” kata Ustazah Zu
Menurutnya lagi, Azram adalah anak bongsu dalam keluarganya yang meminati seni dan gemar menyanyi walaupun di sekolah.
https://www.facebook.com/hotfm976/videos/510209549563433/?epa=SEARCH_BOX
Selain gemarkan hiburan, Azram turut bercita-cita mahu menubuhkan band (kumpulan) sendiri dan yang paling menarik, pelajar tersebut pernah memasuki pertandingan nyanyian peringkat daerah Jeli dan mendapat tempat ketujuh.
Kesungguhan pelajar tersebut telah membuatkan guru-guru di sekolah terbabit tertarik untuk membawa Azram ke platform dan landasan yang betul bagi mengembangkan bakatnya.
Sumber daripada: Ustazah Zu SMK Jeli, Kelantan
Post comments (0)