
Penyanyi yang baru sahaja tampil dengan single berjudul Shh iaitu Elizabeth Tan menjadi perhatian ramai selepas berkongsi satu video di laman Instagram miliknya.
Mana tidaknya, Sabtu lalu penyanyi yang mesra disapa Lizzy itu telah memuat naik video ‘manja’ sedang disuap kek oleh seorang aktor tanah air, Idris Khan sempena hari ulang tahun kelahiran jejaka itu.
https://www.instagram.com/p/B6DOshwAizM/
Kapsyen yang ditulis Lizzy juga menarik perhatian pengikutnya yang terus membanjiri ruangan komen.

“Bila org buat mcmni korang rasa cute ke annoying? ? Btw happy birthday Idris! ?,” tulisnya.
Hm, sweet pula tengok mereka berdua ini. Ada apa-apa ke?
Post comments (0)