Pelakon, Risteena Munim ada berkongsi sebuah video throwback di Instagram miliknya bersama tunang tercinta, Isa Khan pada Selasa lalu.

Setelah sekian lama mereka berahsia menjalinkan hubungan istimewa, kakak kepada selebriti, Ruhainies ini turut menitipkan kapsyen bersemut buat Isa.
https://www.instagram.com/p/B6Iq3psJqqn/
Ucapan romantik Risteena itu membuatkan peminatnya tidak keruan lalu mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Imbas kembali, Risteena dan Isa berkenalan ketika menjalani sebuah penggambaran drama bersiri lalu menjalinkan hubungan cinta sejak lima bulan lalu.
Pasangan ini kemudian mengumumkan berita pertunangan mereka di majlis sambutan ulang tahun kelahiran Risteena di Bora Ombak, Putrajaya, pada 6 Disember lalu.
https://www.instagram.com/p/B52xwR3JJQV/
https://www.instagram.com/p/B52sh62p8VO/
Post comments (0)