Sekuel filem seram, A Quite Place 2 dijangka menemui penonton pada 20 Mac depan selepas trailer rasminya dilancarkan pada 1 Januari lalu.
Filem arahan John Krasinski itu masih menampilkan beberapa pelakon asal dari filem pertamanya seperti Evelyn Abbott lakonan Emely Blunt, Marcus Abbott (Noah Jupe) dan Regan Abbott (Millicent Simmonds) selain beberapa watak baru lainnya.


Untuk pengetahuan, filem ini sarat dengan elemen suspen mengisahkan ketabahan serta kekuatan sebuah keluarga yang terpaksa hidup dalam kesunyian gara-gara wujudnya makhluk ganas.
Makhluk berkenaan pula amat sensitif terhadap bunyi-bunyian sekali gus memburu mangsa.

Sebelum ini, A Quiet Place berjaya melakar kejayaan tersendiri apabila meraih kutipan box-office mencecah US$340 juta.

Post comments (0)