Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sebak! Mira Filzah Sambung Ungkapan Buat Fir

today15 January 2020

Background

Drama yang telah melabuhkan tirainya pada 14 Januari 2020, Adellea Sofea terus hangat diperkatakan terus mendapat perhatian ramai.

Lebih-lebih lagi ia telah trending menerusi laman Twitter pada hari dan masa yang sama ia ditayangkan.

Drama yang dilakonkan oleh Mira Filzah dan Ungku Ismail itu bagaimanapun tidak terhenti disitu, malah disambung Mira menerusi satu posting di laman Instagram miliknya.

Menurut Mira, dia merakam suara latar dalam episod akhir drama berkenaan hanya menggunakan telefon bimbit dan disebabkan kekangan masa, Mira tidak sempat untuk meluahkan perkara yang terbuku dihatinya.

https://www.instagram.com/p/B7TYlOOBCY9/

Tiada istilah ‘salah’ membuat pilihan dalam hidup kita. Benar, segala adalah aturan Allah, pasti ada hikmah dan pengajaran yg melengkapkan ketidaksempurnaan dlm diri kita. Kita sebagai manusia hanya perlu usaha dan berdoa, baik utk diri kita sendiri mahupun org sekeliling. Who are we to judge people? They have their own struggles that we know nothing about it.

Allah tests us with what we love”, but perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah knows, while you not know”,  Be thankful even when being tested”,. 

Pada akhir kapsyen berkenaan Mira turut mengundur diri dengan menggunakan nama watak yang dibawa iaitu Adellea Sofea.

Banyak pengajaran yang boleh kita peroleh menerusi drama ini, semoga penonton memahami dan cuba untuk mempraktikkan diri untuk menjadi yang lebih baik.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *