Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Ruhainies Bawa Kekasih Terbang Di Udara

today12 February 2020

Background

Sempena ulang tahun kelahiran kekasih, pelakon Ruhainies, 28, membuat kejutan dengan membawa jejaka dikenali sebagai Elf Johan bersiar-siar menaiki helikopter di ruang udara Kuala Lumpur, pada 10 Februari.

Perkara itu dikongsikan di laman Instagram miliknya melalui beberapa keping foto yang dimuat naik beserta kapsyen romantis.

https://www.instagram.com/p/B8YrHHmJ8X5/

https://www.instagram.com/p/B8ZAdZmJT6W/

https://www.instagram.com/p/B8ZHTNJp_JW/

https://www.instagram.com/p/B8b4JFVJgZT/

https://www.instagram.com/p/B8b6vUepNey/

Sweet habis! Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meninggalkan pelbagai reaksi selain meminta pelakon drama Cinta Lemon Madu itu segera berkahwin.

Sehingga kini, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas belum mendedahkan wajah buah hatinya itu biarpun sudah menjalinkan hubungan kira-kira sejak dua tahun lalu.

Dalam perkembangan terbaru, Ruhainies kini sedang menjalani penggambaran filem kedua lakonannya, Seandainya Kau Ada dan drama bersiri Maaf Tak Indah yang mula disiarkan di slot Samarinda TV3 pada 12 Februari.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *