Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Andi Bernadee Jadi Drakula Dalam MV Shimmy

today25 February 2020

Background

Pada 17 Februari lalu, penyanyi kelahiran Sabah, Andi Bernadee telah melancarkan single kelimanya, Shimmy yang bermaksud goyang.

Selang empat hari, Andi tampil pula dengan video muzik Shimmy yang penuh dengan elemen seram apabila dia membawa watak sebagai drakula bermata merah dengan bibir berlinang darah di dalam video muzik itu.

Berikut adalah video muzik Shimmy yang telah dimuat naik secara rasmi di laman Youtube pada 21 Februari lalu. Sangat catchy!

Seperti lagu Satu Peluang dan Donde, Andi masih mengekalkan irama reggaeton di dalam susunan muziknya dan kali ini dia sekali lagi bekerjasama dengan rapper dan penerbit terkenal, Alif yang mencipta, menulis lirik dan menerbitkan single tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, video muzik Shimmy telah meraih lebih 672,000 tontonan, 26,000 tanda suka serta trending nombor 3 di laman Youtube. Cayalah Andi!

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *