Siapa yang tak suka kejutan kan?

Pelakon dan penyanyi Isa Khan, 26, mendedahkan tunangnya Risteena Munim, 30, yang juga merupakan seorang selebriti agak moody sejak akhir-akhir ini.
Jadi, dia membuat keputusan untuk membuat surprise dengan harapan buah hatinya itu kembali tersenyum.

Nak tahu surprise apa? Jom saksikan video di bawah yang dikongsikan menerusi laman Instagram Risteena pada 5 Mac lalu.
https://www.instagram.com/p/B9WFfIPJZyt/
Wah, untung Risteena dapat sejambak bunga ros beserta kad ucapan yang cukup romantik!
Difahamkan, Risteena atau nama lengkapnya Nur Risteena Munim binti Zainul Ilyas sudah lama memberi hint bahawa dia mahukan bunga daripada encik tunang.

Jelas terpancar kegembiraan di wajah pelakon drama Ajari Playboy Itu itu yang terkejut dan terharu sebaik sahaja melihat bunga di tangan Isa.
Imbas kembali, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019Â Â dalam satu majlis kejutan yang diadakan di Bora Ombak, Putrajaya.

Didoakan semoga mereka bahagia selalu dan cepat-cepat naik pelamin!
Post comments (0)