Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Self-quarantine, Alone.” – Fatin Afeefa Luah Rindu Pada Anak

today27 March 2020

Background

Tiada seorang ibu pun yang mahu berjauhan dengan anaknya.

Namun, jika itu untuk kebaikan, maka terpaksa dilakukan jua.

Ketika negara dilanda wabak Covid-19, pelakon Fatin Afeefa harus menjalani kuarantin diri selama 14 hari apabila baru pulang dari luar negara atas urusan kerja.

Terpaksa berjauhan dengan orang sekeliling menyebabkan pelakon berusia 26 tahun itu meluahkan rasa rindu terhadap dua orang anaknya.

Perkara itu dikongsikan Fatin menerusi laman Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/B-JmU6PFP5Q/

Kata Fatin, dia perlu melakukan tempoh self-quarantine itu sebagai langkah berjaga-jaga biarpun tidak mempunyai sebarang symptoms.

Pelakon drama Cindai itu juga berterima kasih kepada ibu dan ahli keluarganya yang sudi menjaga dua anak kesayangannya sementara dia menjalani kuarantin.

Imbas kembali, Fatin sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang pelakon, Adam Shahz pada 21 Disember 2013 sebelum bercerai pada Mei 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Adam Aisy Arrian, 7, dan Ivy Herra Sophia, 5.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *