Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Siapa Nora di Instagram Faizal Tahir Tu?

today7 April 2020

Background

Penyanyi Faizal Tahir baru-baru ini telah memuat naik sekeping gambar menerusi laman Instagram miliknya yang memaparkan karikatur seorang gadis bernama Nora.

Menerusi kapsyennya pula, penyanyi yang popular menerusi lagu Mahakarya Cinta itu menyatakan “SUMANDAK NO. 1: NORA. ”

Untuk pengetahuan semua, Sumandak merupakan bahasa Kadazan Dusun Sabah yang bermaksud  “gadis”.

“Nora adalah anak kepada Makcik Kiah. Nora ingin mengingatkan seluruh rakyat Malaysia untuk duduk di rumah dan jaga diri baik-baik.” tulisnya lagi.

Faizal Tahir sebelum ini pernah memaklumkan kepada umum bahawa dia bakal mengeluarkan album terbaharu berjudul Sumandak. Jadi, mungkin Nora adalah salah satu tajuk lagu yang akan dimuatkan dalam album berkenaan yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *