Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Bella Dally Tawar Bantuan Sanitasi Percuma

today14 April 2020

Background

Pelakon Bella Dally turun padang membantu krisis Covid-19 dengan menjalankan aktiviti khidmat masyarakat (CSR) iaitu menawarkan bantuan sanitasi percuma di beberapa masjid dan surau sekitar kawasan Lembah Klang.

Usaha mulia itu dijalankannya bersama suami tercinta, Arif Izuddin dan didedahkan menerusi laman Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/B-1_C1qBVRa/

Kata Bella, mereka turut menanggung semua kos termasuklah bahan kimia serta peralatan yang digunakan.

Pelakon drama Adellea Sofea itu juga mengalu-alukan mana-mana individu untuk sama membantu menjadi sukarelawan.

Semoga wabak Covid-19 yang sedang melanda negara ketika ini dapat ditangani segera.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *