Selepas Bella Astillah, kini giliran Datin Niena Baharun pula mendedahkan dirinya sedang berbadan dua.

Pelakon yang cukup popular dengan watak Husna dalam drama Jangan Benci Cintaku itu berkongsikan berita gembira tersebut menerusi foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada 27 April 2020.
Niena memaklumkan dia ada temu janji pemeriksaan bayi keduanya itu.


Biarpun hanya keluar untuk melakukan pemeriksaan bayi dalam kandungan, isteri kepada usahawan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi itu tetap mengambil peluang yang ada untuk ‘melaram’ kerana sudah lama tidak keluar rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Pelepah angin”, kata Niena yang berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Tahniah Niena dan suami! Nampaknya selepas ini Adiel Mikael ada kawan baru lah.

Post comments (0)