Rasanya umum mengenali siapakah Mimi Peri atau Mimi Peri Rapunchelle yang sentiasa memberi hiburan kepada orang awam dengan telatahnya yang tidak kering gusi.
Namun, tahukah anda siapakah wajah disebalik Mimi Peri, individu yang tidak pernah kenal erti penat dalam mencari inspirasi, merakam dan menyunting videonya sendiri?
Baru-baru ini sebuah program televisyen di Indonesia sempat menemubual Mimi Peri dengan bertanyakan asal usulnya.
Apabila ditanya, apakah pekerjaan bapanya. Jawabnya tukang sapu, dengan nada sebak.
Kemudian ditanya lagi, mengapakah dia sering dan tidak lekang bergambar bersama ibunya? Ini reaksinya:-
Di sebalik lelucon Mimi Peri, mungkin ada yang tidak tahu bahawa anak kepada tukang sapu ini pernah melalui hidup yang agak getir, tanpa ayah, tanpa pendidikan dan tanpa keperluan asas yang cukup. Ambisinya cuma satu, untuk melihat ibunya bahagia. https://t.co/hS2PmCFYfz pic.twitter.com/wA5VfIH8VB
— Sutramaya (@sutramaya) May 4, 2020
Pedih rasanya kan. Bukan semua orang dilahirkan dalam keluarga yang senang. Ada orang perlu berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan.
Oleh itu, syabas Mimi Peri! Salam sayang dari Malaysia.
Post comments (0)