Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan bahawa tindakan majikan menolak gaji atau cuti tahunan tidak dibenarkan.
Beliau menyatakan perkara berkenaan selepas soalan diajukan oleh seorang wartawan yang bertanya tentang sesetengah majikan yang mewajibkan pekerjanya untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari setelah mereka pulang dari melaksanakan tugas atau urusan peribadi.
Malah, terdapat majikan yang menolak cuti tahunan dan ada yang mengenakan cuti tanpa gaji.
“Tindakan tersebut tidak dibenarkan,” tegas Ismail Sabri
Katanya, adalah salah kerana majikan memaksa pekerja mereka dikuarantin 14 hari dan sepanjang 2 minggu itu juga dikira sebagai cuti tanpa gaji.
Menurutnya lagi, jika terdapat peraturan dibawah Kementerian Sumber Manusia, maka kementerian berkenaan boleh mengambil tindakan.
Post comments (0)