Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa mulai 10 Jun perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatan (PKPD).
Sehubungan itu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tamat pada 9 Jun ini akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bakal dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2020.
Jelasnya, sambutan Hari Raya Aidiladha dan aktiviti korban turut dibenarkan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Dalam sidang media yang sama juga, beliau menyatakan beberapa sukan dan aktiviti rekreasi dibenarkan kecuali sukan yang melibatkan sentuhan, penonton, dan perhimpunan penyokong.
Bagaimanapun, sekolah akan dibuka secara berperingkat setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Post comments (0)