Anda perasan tak, sejak akhir-akhir ini Bandung, Indonesia telah banyak berubah terutamanya dari segi tempat pelancongan.
Selain daripada Tangkuban Perahu, Gedung Sate, Trans Studio Bandung, ada satu tarikan yang menarik untuk pelancong mengunjungi bandar yang turut dikenali sebagai Kota Kembang.
Cantik kan? Lokasi yang kini menjadi tumpuan pelancong itu bernama Forest Orchid.
Menurut warga tempatan, tempat tersebut sengaja diberi nama Forest Orchid kerana ia terletak berhampiran dengan daerah Lembang, Indonesia.
Sementara itu, Orchid Forest terkenal dengan keindahannya. Terdapat lebih dari 157 jenis bunga anggerik datang dari pelbagai negara termasuk Venezuela, Amerika Syarikat dan Peru yang menghiasi tanah seluas 12 hektar ini.
Orchid Forest yang baru setahun lebih dibuka ini lengkap dengan pelbagai pakej. Pemandangan yang indah diselubungi udara yang sejuk ini turut dijadikan spot untuk mengambil gambar dan di muat naik di laman Instagram.
Post comments (0)