Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

[MEREMANG!] Misha Omar Cover Lagu Bidadari Syurga

today11 August 2020

Background

 

Lagu Bidadari Syurga nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza bukan sahaja mendapat tempat di hati peminat, malah penyanyi tempatan lain turut menggemari karya tersebut termasuklah Misha Omar.

Terbaharu, penyanyi yang popular menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta itu telah menyanyikan semula (cover) lagu yang turut menjadi runut bunyi untuk drama rantaian 7 Hari mencintaiku 2 itu.

Jom kita tengok:-

Video yang dimuat naik semula ke laman Twitter oleh seorang pemuda itu telah meraih perhatian netizen yang antara lainnya menganggap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Misha Omar masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dalam menyampaikan setiap lagu.

Malah ada yang beranggapan sekiranya lagu berkenaan layak dipertandingkan pada Anugerah Juara Lagu (AJL), dan sekiranya Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak mahu membawakannya, Misha Omar adalah penyanyi yang paling tepat untuk dipilih.

Gitu!

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *