Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Hubungan Afieq Shazwan Dan Wani Kayrie Semakin Rengang, Berpunca Dari Orang Ketiga?

today21 August 2020

Background

Ada desas desus yang mengatakan penyanyi, Afieq Shazwan menjalinkan hubungan istimewa bersama Wani Kayrie. Tidak pernah mengiyakan atau menidakkan namun persoalan bakal terjawab menerusi single terbaharu yang bakal dilancarkan September depan.

Wani, 'crush' saya dahulu - Afieq Shazwan | Harian Metro

Memilih judul Gerak Lu ciptaan DJ Fuzz, Afieq memberi bayangan single berkenaan ada kena mengena dengan kisah hidupnya. Malah, yakin peminat yang mendengarkannya akan mengetahui isi hati yang terpendam.

Afieq turut berkata, single bergenre R&B itu secara umumnya berkisar hubungan percintaan yang tidak berakhir dengan indah. Apabila ditanya adakah ia mempunyai kaitan dengan kisah percintaan bersama Wani, Afieq mahu peminat mendengarkan terlebih dahulu.

https://www.instagram.com/p/B85WlHLjyO8/

Turut membuka cerita mengenai hubungannya bersama Wani, kata Afieq mereka semakin dingin. Tidak tahu punca dan silap, Afieq berkata, sudah hampir empat bulan hubungan mereka renggang.

“Kami tiada tarikh rasmi putus seperti pasangan lain. Cuma, hubungan menjadi semakin dingin sejak empat bulan lalu. Sebelum ini, kami rapat dan saling mengambil berat, kini tidak lagi.

OMG, what is happening? Hopefully Afieq dan Wani baik baik sahaja. Tak nak lah masam-masam muka. Okay?

Sumber dari Harian Metro.

Written by: Fieyna Azman

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *