Kata orang cinta itu tak mengenal usia atau rupa, tapi kalau pasangan itu underage macam mana pula ya?
Kecoh sebentar di laman sosial Twitter semenjak 26 September yang lalu apabila terdapat satu video di TikTok menunjukkan kemesraan pelakon Alvin Chong bersama dengan seorang gadis iaitu Athalia yang merupakan anak kepada penyanyi Sharifah Zarina.

Punca mengapa netizen terkejut ialah kerana Alvin Chong sudah berusia 29 tahun dan Athalia pula baru sahaja berusia 17 tahun yang mana tahun ini dia bakal mengambil peperiksaan SPM.
Boleh dikatakan Athalia ini agak terkenal di aplikasi TikTok kerana mempunyai seramai hampir 600,000 pengikut.
@officialathalia##HurtMyFeelings @alvinchong123 to all the onion squad..? ##fyp ##foryou ##foryoupage ##tiktokmalaysia ##tiktokusa ##asian♬ Bulletproof – La Roux
Perkenalan mereka mula menjadi tular apabila ada beberapa video menunjukkan kemesraan bersama di aplikasi TikTok sehingga menimbulkan tanda tanya kepada para netizen.

Namun disebabkan tiada jawapan sahih yang keluar daripada Alvin sendiri, ada netizen yang mula melakukan kerja ‘polis pencen’ dengan mencari maklumat sejauh mana perhubungan mereka itu.
Diorang tak couple, itu hanyalah perjumpaan untuk kempen yang akan datang

Apa yang seorang netizen ini jumpai ialah hubungan Alvin Chong bersama dengan Athalia hanya la sekadar kawan kerja sahaja kerana mereka dikatakan sedang bekerjasama untuk satu kempen.
Pada masa yang sama, Athalia turut mengesahkan bahawa hubungannya bersama dengan Alvin hanya sekadar kawan biasa menerusi satu video teguran yang diterimanya dekat aplikasi TikTok.
Jawapan Athalia turut sama sahaja dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh netizen tersebut dan mungkin disini kita boleh sahkan bahawa hubungan itu tidak seperti yang anda fikirkan.
Post comments (0)