Pengacara dan pelakon terkenal yang sentiasa menarik perhatian netizen, iaitu Janna Nick kembali menjadi perbualan kerana memuat naik gambar berbasikal yang dilihat kurang sopan oleh warganet.
https://www.instagram.com/p/CGM3PkTnWug/
Gambar berbaju merah, berseluar pendek itu di muat naik di Instagram Janna secara spontan seperti kebanyakan selebriti lain, mungkin mahu berkongsi aktiviti berbasikal bersama peminatnya.
Namun, ia dilihat kurang sopan oleh netizen sehingga ruangan komen di Instagram Janna dibanjiri komen-komen nakal, tak kurang juga yang mempersoalkan Janna yang dilihat semakin seksi.

Dalam pada itu, ada juga pengikut Janna dilihat turut mahu ikut berbasikal bersama-sama dan memuji dirinya kerana aktif bersukan.
Janna dilihat membalas komen-komen yang baik dan mengendahkan komen-komen negatif netizen.

Post comments (0)