Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kantoi Letak Kamera Dalam Tandas Perempuan, Pelajar Lelaki Ini Mohon Hukuman Diringankan

today20 October 2020

Background

Seorang pelajar lelaki didenda RM2,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur akibat mengaibkan kehormatan seorang wanita menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air di sebuah asrama pekerja.

- Gambar hiasan

Kejadian dikatakan melibatkan seorang wanita berusia 29 tahun yang juga pekerja di asrama berkenaan yang sedang mandi, kemudian menyedari perkara itu.

Suspek Ng Soon Seong, 19 tahun diwakili peguam bela, Mohammad Zaidi Othman, yang juga memohon hukuman denda diringankan atas alasan anak guamnya adalah pesalah muda dan itu kesalahan pertamanya.

“Tertuduh merupakan anak yatim piatu, dia kini bekerja sambil belajar dalam bidang masakan dan tinggal di asrama tersebut kerana sedang menjalani (latihan) praktikal.

“Kejadian ini memberi kesan mendalam ke atas dirinya dan dia juga telah memohon maaf kepada mangsa,” katanya.

TIPS: Cara Mengesan Kamera CCTV Tersembunyi Di Dalam Tandas Awam - BFS... :)

Majistret S. Mageswari menjatuhkan hukuman itu terhadap suspek yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut. Sementara itu, timbalan Pendakwa Raya, Hanis Anisha Jamilludin, memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh.

Dalam pada itu, rata-rata warganet sangat kesal dan marah dengan kejadian yang menimpa mangsa. Rata-rata mengingatkan supaya kaum wanita untuk sentiasa berhati-hati dan double check setiap kali masuk ke tandas. Hati-hati girls!

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sukan

Fokus Mun Yee tak terganggu

Kuala Lumpur: Sering bertukar-tukar jurulatih dalam tempoh terdekat bukan satu masalah besar buat penerjun negara, Leong Mun Yee untuk melakukan persiapan terutama menjelang Sukan Olimpik Tokyo tahun depan. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today20 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *