Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Post Gambar Pakai Tudung Berturut, Peminat Doakan Nina Iskandar Kekal Istiqomah

today4 November 2020

Background

Kemunculannya dalam industri seni bermula dengan imej dirinya bertudung tetapi tidak lama kemudian atas sebab tertentu Nina Iskandar tidak lagi memakai hijab.

 

Namun kini, bagaikan ada berita baik yang kita dapat lihat apabila pelakon berasal dari Brunei Darussalam itu tampil dengan imej baharu.

Semenjak 20 Oktober lalu, Nina yang pernah membintangi drama rantaian Andainya Takdir itu telah memuat naik video dan foto miliknya yang sedang mengenakan hijab.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu tidak ada membuat apa-apa kenyataan berkenaan imej baharunya tetapi peminat dapat merasai bahawa ada perubahan positif yang sedang dilakukan olehnya.

Dalam masa yang sama, mungkin Nina lebih selesa untuk tidak menjawab persoalan peminat atas sebab yang tertentu.

Rata-rata peminat menitipkan doa dan ucapan tahniah kepada Nina kerana tumpang bahagia atas perubahan itu.

Pada April 2019 yang lalu, Nina telah mendirikan rumah tangga bersama dengan penolong pengarah, Lan Lebah atau nama sebenarnya Azlan Adzanan dan turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini sudah berusia 10 bulan.

Semoga Nina terus kekal istiqomah dan dipermudahkan segala urusan.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sukan

Jota akui peranan Salah, Mane

Bergamo, Itali: Penyerang Liverpool, Diogo Jota mengakui beraksi bersama pemain seperti Mohamed Salah dan Sadio Mane meningkatkan lagi prestasinya selepas meledak hatrik ketika menewaskan Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara. "Saya beraksi dengan pasukan terbaik dalam karier saya setakat ini,'' kata pemain berusia 23 tahun itu yang kini menjaringkan gol dalam empat perlawanan berturut-turut sejak berpindah dari Wolves pada September lalu. Pemain Portugal itu hanya muncul pemain kedua... Klik sini untuk […]

today4 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *