Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Ingatkan Pelakon Filem Sembilu”- Nama Pengantin Sama Dengan Pelakon, Ini Respon Lucu Dr Zulkifli Dan Erra Fazira!

today5 November 2020

Background

“Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi” – tulis Dr Zulkifli

Fuhh sekilas pandang ciapan tersebut, korang mesti ingat Erra Fazira yang berlakon cerita Sembilu tu kan?

Ciapan itu dimuat naik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman sosial Twitter miliknya untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin yang dinikahkan beliau, akan tetapi ciapan itu mengundang perhatian netizen kerana ada yang menyangka pasangan itu adalah pelakon terkenal berkenaan.

Rupanya nama pengantin perempuan itu sahaja yang kebetulan sama dengan pelakon terkenal Erra Fazira.

Image

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut sama terkejut dan tertawa dengan ciapan yang dimuat naik oleh Dr Zulkifli.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli sempat memuat naik ciapan beliau yang juga pada mulanya mengingatkan pelakon yang dimaksudkan itu.

Sementara itu, Erra mendedahkan bahawa dia tidak henti-henti menerima panggilan mengucapkan tahniah kepadanya sejak awal pagi ini!


Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek turut berkata bahawa dia tergamam kerana menerima ucapan tahniah bertalu-talu itu sedangkan bukan dia yang melangsungkan perkahwinan.

Apabila sudah mengetahui kisah sebenar, pelakon itu turut mengucapkan tahniah pada pasangan pengantin baharu itu!

“Semoga ‘Erra Fazira’ dan suaminya menjalani alam rumah tangga dengan rahmat Allah SWT”

Aduhai kesian Erra, mesti dia tersedak-sedak dekat rumah tu!

Sumber dari Twitter Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

[VIDEO] Cikgu Siap Nyanyi Sebab Nak Bagi Murid Faham Apa Beza Mat Kilau & M. Daud Kilau

Guru merupakan tunggak utama kepada kejayaan setiap murid. Tapi bukanlah mudah untuk menjadi guru yang disayangi semua pelajar.Menjadi seorang guru adalah sangat mencabar kerana harus berhadapan dengan pelbagai karenah murid.Namun, jika seseorang guru itu pandai mengambil hati anak muridnya, pasti mereka akan disayangi dan dipuji.Baru-baru ini, tular di Instagram seorang cikgu di mana dia memuat naik videonya ketika mengajar subjek Sejarah.Video itu yang mendapat perhatian warganet... Klik sini untuk baca […]

today5 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *