Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Bayar Beribu Servis Macam…” Fara Mendoza Mengamuk Dengan Siapa Pula Ni?

today6 November 2020

Background

Nama Fara Mendoza mungkin tidak asing lagi bagi warganet kerana sebelum ini dia pernah dikaitkan dengan beberapa isu.

Hari ini, sekali lagi Fara dikatakan tidak berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh sebuah syarikat penghantar barang.

Menurut Instastory miliknya, dia merasakan bagai telah ditipu apabila perabot rumahnya masih lagi belum diambil dari rumah lamanya untuk dipindahkan ke rumah baru walaupun bayaran penuh sudah dibuat.

Dia suruh sambung esok sebab tak sempat turun barang, kondo jam 5 petang dah tak boleh masuk. Lepastu pukul 5 aku dah dekat Damansara, suruh ke Putrajaya pula.

Atas rosak habis, bawah elok je. Aku bayar beribu-ribu!

Katanya servis yang diterima sangat tidak memuaskan hati dan dalam masa yang sama ada beberapa perabot miliknya juga telah rosak dan patah.

Tambahnya lagi, bayaran penuh sudah dibuat dipaksa untuk menambah wang bayaran atas sebab tertentu.

Dalam masa yang sama, syarikat penghantar berkenaan turut telah mengeluarkan kenyataan bagi pihak mereka dan menyangkal segala dakwaan yang diterima itu.

Jika ambil basic pakej, jangan buat team kami macam nak full pakej. Situasi MCO ni management condo sangat ketat, jadi owner kena kerjasama untuk selesaikan borang pemindahan.

Syarikat tersebut turut menunjukkan bukti bagaimana mereka menyusun barang di dalam lori bagi mengelak daripada berlakunya kerosakan ke atas perabot tersebut.

Namun sebenatar tadi, Fara turut ada membuat live di laman Instagram miliknya bagi meluahkan rasa tidak puas hati berkenaan servis yang diterimanya itu.

Harapnya dapat la selesaikan isu ni cepat-cepat ya, takut berpanjangan pula lepas ni.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

[VIDEO] Tertekan Akibat Dirogol Bapa Kandung Sendiri, Remaja Ini Nekad Lari Dari Rumah

Menurut laporan, kes terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada polis yang menemuinya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ketika mahu pulang ke rumah ibunya di Kuala Nerang, Kedah pada hari yang sama.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa memaklumkan dia dirogol bapanya yang berusia 42 tahun di rumah mereka."Siasatan awal mendapati mangsa dirogol secara berterusan setiap minggu kecuali ketika mangsa datang... Klik sini […]

today6 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *