Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Muka Sama, Kasi Jadi Zan”- Serasi Bersama, Peminat Doakan Zizan Berjodoh Dengan Uyaina

today20 November 2020

Background

Sebelum ini pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak sering digelar ‘penjaga jodoh orang’ kerana kebanyakan selebriti wanita yang pernah digosipkan bersamanya, kini sudah pun berkahwin.

Untuk yang mengikuti perkembangan Zizan pasti tahu kebelakangan ini pelawak itu kini sering digosipkan bersama pengacara wanita terkenal iaitu Uyaina Arshad pula.

Terbaharu, pelawak itu memuat naik video bersama pengacara tersebut di laman sosial Instagramnya untuk mengajak peminatnya menyaksikan drama lakonan pengacara itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Sebagai rakan artis, mungkin Zizan mahu memberi support kepada drama lakonan pengacara tersebut.

Akan tetapi apabila meninjau di ruangan komen pelawak itu, ramai pula yang menjodohkan Zizan bersama Uyaina yang dikatakan sepadan bagai pinang dibelah dua.

Uyaina juga dilihat turut membalas komen Zizan mengatakan berharap dapat berkerja sama dengan beliau pula selepas ini.

Memetik kata-kata Zizan dari laporan Harian Metro sebelum ini, katanya pada masa ini dia tidak berfikir mengenai soal jodoh, malah lebih memilih untuk menjaga keluarganya.

“Buat masa ini, saya tak fikir mengenai kahwin atau apa sahaja ke arah jodoh. Saya tiada masalah mengenainya kerana banyak perkara lain yang lebih penting untuk diberikan perhatian. Saya menjaga ibu dan keluarga saya.

It’s okay Zizan, aturan Allah SWT tu lah yang sebaik-baiknya buat kita.

Marilah kita doakan supaya suatu hari nanti Zizan bertemu cinta hati. Amin!

Written by: Fieyna Azman


Previous post

collage1

Sosial

Hilang Kerja Sebagai Pramugari, Wanita Ini Jual Sate Demi Untuk Teruskan Hidup

Kesan pandemik COVID-19 telah menular bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara luar. Ada yang diberhentikan kerja, gaji dipotong dan ada juga syarikat sudah mula gulung tikar. Nasib yang tidak menentu dan takdir yang semakin samar mula menekan jiwa-jiwa yang mahu bertahan untuk meneruskan hidup. Di sebalik buruknya kesan pandemik ini, pasti ada jalan keluar yang membawa kepada kehidupan yang lebih baik. Seperti kisah seorang wanita yang viral... Klik […]

today20 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *