Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“My Fav…” Muat Naik Foto ‘Boyfriend’, Netizen Ucap Tahniah Pada Cik B

today23 November 2020

Background

Wahhh, terkejut bila tengok Cik B muat naik gambar kekasih hati dia di laman Instagram!

Pada 22 November lepas, anak kepada usahawan kosmetik terkenal iaitu Cik B dilihat telah memuat naik foto pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta, iaitu Aniq Suhair dengan captionwith my fav person’.

Bukan itu sahaja, Cik B turut sempat memuat beberapa lagi foto dan memuat naik caption sweet sampai potong kaki!

Perkara itu telah mengejutkan ramai netizen kerana Cik B turut memuat naik twit mengatakan dia kini sudah berpunya!

Rata-rata netizen berasa terkejut dan ada juga yang mengucapkan tahniah kepada mereka atas perkara tersebut.

Dalam masa yang sama, ada juga yang mengatakan mungkin mereka hanya mempromosikan drama lakonan mereka yang berjudul Lelaki Lingkungan Cinta yang disiarkan di TV3.

Dalam drama tersebut menunjukkan watak yang dipegang oleh Aniq menyimpan perasaan terhadap Cik B dan boleh jadi perasaan itu dibawa ke dunia realiti!

Ala, kalau betul pun bercinta apa salahnya kan?

Datuk Seri Vida confirm setuju punya dengan relationship ni, cute je tengok Cik B dengan Aniq ni kan?

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage (18)

Sosial

Lihat Reaksi Pembeli Berang Selepas iPhone ‘Dummy’ Berharga RM23 Tidak Berfungsi

Menemui dan membaca review atau pun ulasan yang dibuat di laman-laman jualan atas talian ada ketikanya boleh menjadi satu aktiviti yang menghiburkan hari-hari kita. Daripada pujian yang melampau kepada penjual kerana sangat berpuas hati dengan barangan dibeli sehinggalah kata-kata yang kurang enak kerana tidak berpuas hati dengan barang atau perkhidmatan yang diberikan. Buat kebanyakan masanya, review yang kurang baik ini lah yang sering mencuri... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today23 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *