Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tembak Anjing Guna Senapang, Netizen Bengang Dengan Lelaki Ini

today24 November 2020

Background

Isu haiwan jalanan liar masih lagi belum berakhir sehingga membuatkan ada segelintir penduduk terpaksa bertindak sendiri untuk mengurangkan populasi haiwan berkenaan.

Seperti satu video pendek yang dimut naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @SanjeevanSS atau nama sebenarnya Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan iaitu Koordinator Pemuda Negara Negeri Sembilan, menunjukkan seorang lelaki sedang menembak seekor anjing di kawasan rumahnya.

Apabila tembakan itu dilepaskan, kedengaran suara kecil anjing tersebut yang bagaikan sudah cedera akibat terkena peluru tembakan.

Video berkenaan telah mengundang kemarahan ramai netizen sehingga ada yang meminta supaya identiti lelaki berkenaan didedahkan.

Ada segelintir yang menganggap walaupun anjing berkenaan telah menceroboh kawasan kediaman, mungkin boleh gunakan cara lain selain menembak sehingga mati.

Namun, ada juga yang turut bersetuju dengan perbuatan lelaki itu kerana berkemungkinan besar anjing tersebut telah merosakkan tanaman miliknya atau mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan itu.

Dalam masa yang sama, Harian Metro turut melaporkan bahawa pihak Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan sebanyak RM2,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan makluman berkenaan identiti lelaki berkenaan.

Menurut Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) R Kalaivanan, perbuatan menembak anjing dengan senapang merupakan satu tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Harapnya kalau ada sesiapa mengalami masalah anjing liar di kawasan rumah, jangan la terus membunuh.

Cukup sekadar halau atau laporkan pada pihak berkuasa sahaja.

Sumber: Harian Metro

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage-39

Sosial

Ditembak Ketika Bertugas, Anggota PGA Maut Di Sempadan Malaysia-Thailand

Pada jam 3.10 pagi tadi, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand maut dipercayai ditembak. Mangsa, Koperal Baharuddin Ramli sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari yang mengalami kecederaan parah. Kini, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar dan mangsa yang cedera sedang dirawat di hospital yang sama dan keadaannya dilaporkan kritikal.

today24 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *