Umum pasti sudah mengetahui bahawa pelakon Zarina Anjoulie merupakan seorang yang terkenal dengan sikapnya terbuka sekiranya ada apa-apa perkara bermain dimindanya, pasti akan suarakannya di laman Instagram.
Pada 18 November lalu, Zarina dikatakan telah keguguran dan dalam masa yang sama dia turut memberitahu dirinya rasa sakit dan bengkak di kawasan payudaranya.
View this post on Instagram
Secara terbuka, Zarina mengakui bahawa sebelum ini dia ada memakai filler di kawasan payudaranya dan sekarang ini pelakon itu juga sedang dalam proses untuk membuang semula filler tersebut.
Sebagai seorang yang dikenali, dia terpanggil untuk memberi nasihat kepada para wanita yang mempunyai niat untuk memakai filler di payu dara.
Dia juga sempat memberi pendapat sekiranya ada yang berniat untuk membuat sedemikian, pastikan perlu mendapat rawatan daripada pakar yang bertaulian dan bukan pergi ke pusat rawatan kecantikan dan berurusan dengan beautician.
View this post on Instagram
Menurutnya, beautician tidak mempunyai kelayakan untuk membuat sebarang rawatan seperti itu dan disebabkan itu juga ada segelintir beautician telah mengecam tindakan Zarina kerana menganggap dia telah menjatuhkan perniagaan mereka.
Dia sendiri mengakui kesilapannya kerana tidak berjumpa dengan pakar pada mulanya tetapi dia langsung tidak menyebut nama mana-mana beautician.
Kalau aku jahat atau khianat, aku dah sebut satu-satu nama. Aku kalau jahat, aku report KKM! Aku cakap based on experience, bukan nak jatuhkan korang. Elok-elok tak ada niat nak jatuhkan tapi korang buat taik dengan aku, sabar eh!

Baginya, semua itu untuk kesedaran para wanita bukannya berniat untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
Mana tidaknya, ada sahaja kesan sampingan yang terjadi selepas rawatan tersebut dan kini Zarina juga mengakui dia menyesal atas perbuatannya itu.
So korang semua kalau ada niat nak pakai filler atau apa sahaja pembedahan plastik, sebaiknya lupakan niat itu ya, sayangi diri kita!
Post comments (0)