Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Azwan Ali Dapat Job Dengan Dato’ Sri Vida, Netizen Mahu Tengok Dua Diva Beraksi Atas Pentas

today26 November 2020

Background

Nampaknya nama pengacara tersohor, Azwan Ali kini semakin menjadi rebutan apabila dia dikatakan menerima satu tawaran untuk menjadi pengacara untuk program game show.

Perkara ini bagaikan durian runtuh bagi Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA selepas rezekinya dalam dunia pengacaraan semakin bertambah apabila membuat kemunculan dalam program Lagu Cinta Kita musim kedua.

Pada 26 November, Diva AA ada memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya memberitahu mengenai berita gembira itu.

Lebih menarik lagi, dia bakal bergandingan bersama dengan usahawan terkenal, iaitu Dato’ Sri Vida.

Azwan sempat meminta pendapat daripada peminat sama ada perlu atau tidak dia menerima tawaran tersebut.

Rata-rata komen yang ditinggalkan menyuruhnya menerima tawaran tersebut, confirm kecoh studio tu nanti!

Dalam masa yang sama, ada juga yang meminta supaya Azwan tetap bertindak profesional walaupun sebelum ini mereka berdua pernah bercakaran.

Pada yang tidak tahu, sekitar Februari lalu, DSV ada meluahkan rasa terkilan apabila Azwan telah membakar minyak wangi yang diberi olehnya.

Telah berlaku salah faham di antara mereka berdua sehingga menyebabkan Azwan bertindak sedemikian.

Tapi benda tu pun dah lama berlalu, kami yakin mereka berdua mesti dah selesaikan isu ini pada ketika itu.

Kalau jadi la program game show ni, confirm roboh pentas tu dengan gelak tawa DSV dan juga kepantasan mulut Diva AA.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

KWSP-1200×821

Sosial

Pengeluaran Wang KWSP Sebanyak RM10,000 Diperluaskan Kepada Semua Pencarum Yang Terjejas

Sejak bermula sebagai cadangan daripada ahli politik, topik mengenai pengeluaran KWSP buat para pencarum sering menjadi isu hangat di kalangan ahli politik dan juga netizen. Sekitar 10 hari yang lalu, pihak KWSP telah mengumumkan program i-Sinar iaitu pengeluaran wang daripada akaun 1 sebanyak RM9,000 buat dua juta ahli yang terjejas. Syarat serta kelayakan yang ketat membuatkan sejumlah besar netizen kurang bersetuju dengan pengumuman yang dibuat.... Klik sini untuk baca artikel […]

today26 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *