Impian untuk memiliki rumah sendiri adalah suatu perkara yang paling diimpi-impikan oleh setiap individu.
Kini tercapai sudah impian penyanyi, komposer dan penulis lagu iaitu Hael Husaini untuk memiliki rumah jenis Semi-Berkembar 3 Tingkat di Damansara Perdana.
View this post on Instagram
Berita gembira itu dikongsikan oleh Hael di laman rasmi Instagram miliknya dengan kapsyen ringkas,
“Alhamdulillah tambah hutang ?”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet bersama rakan artis turut teruja melihat rumah besar 3 tingkat milik Hael itu.

Malah ada juga yang turut mengusik mengenai “permaisuri rumah” Hael yang masih belum ditemui dan beranggapan Hael bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Alahai mesti ramai yang tak sabar nak tengok siapa bakal permaisuri hati Hael.
By the way, nanti boleh lah jemput kami di Hot FM ke housewarming sekali kan Hael?
Post comments (0)