Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Che Ta Dan Zain Saidin ‘Kahwin Semula’, Netizen Puji Macam Anak Dara

today12 December 2020

Background

Kalau orang lain, pastinya mereka akan memakai baju pengantin pada hari perkahwinan sahaja.

Tetapi lain pula bagi pelakon yang sinonim dengan bulu mata palsu iaitu Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa dengan panggilan Che Ta.

Beliau memilih untuk memakai baju pengantin dan melakukan photoshoot pada ulang tahun perkahwinannya yang ke-7 bersama dengan suami, iaitu Zain Saidin.

Kali ini, Che Ta dan Zain memilih untuk memakai busana tradisional berwarna hijau bersama dengan kelengkapan aksesori di kepala.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Dalam masa yang sama, ‘pengantin baru’ ini turut memilih untuk berarak bersama dengan paluan kompang bagi memeriahkan lagi keadaan.

Rata-rata netizen memuji kecantikan dan kekacakan Che Ta bersama dengan Zain, ada juga yang sempat mengusik mengatakan Che Ta nampak seperti baru berusia 20-an.

Pasangan ini telah berumah tangga pada tahun 2013 dan turut dikurniakan seorang cahaya mata yang cantik iaitu Aasisyah Dhia Rana yang kini sudah berusia 6 tahun.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Kondominium Singapore

Sosial

Mahal Dan Sempit, Bilik Stor Di Kondominium Ini Disewa Dengan Harga RM1,515

Umum tahu, harga rumah yang mahal antara yang mendesak orang ramai untuk menyewa. Selain itu, mereka yang sekadar bekerja di sesuatu kawasan dalam tempoh yang tidak panjang antara yang memilih untuk menyewa berbanding membeli sesebuah rumah. Mengamalkan konsep, bilik sewa sekadar untuk berehat dan tidur, iklan bilik sewa di Singapura ini telah menimbulkan buah mulut orang ramai apabila bilik dengan kelebaran sekadar cukup untuk memuatkan katil beserta kipas ditawarkan dengan […]

today12 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *