Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sebar Cerita Konon Kena Minyak Pengasih, PA Neelofa Mahu Cari Gadis Ini

today28 December 2020

Background

Semenjak 26 Disember lepas, nama pengacara Noor Neelofa dan PU Riz menjadi trending di media sosial disebabkan ujian yang sedang melanda pasangan ini.

Bermacam tohmahan diterima oleh kedua-dua pihak, antaranya ialah kononnya Neelofa telah terkena minyak pengasih oleh PU Riz sendiri sehingga beliau terpaksa ‘dikurung’ untuk menjalani proses perubatan.

Berita palsu tersebut telah disampaikan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Syamira yang kini sedang dikehendaki oleh pengurus peribadi Neelofa sendiri.

 

Gadis tersebut telah memuat naik perbualan Whatsapp kononnya maklumat yang diterimanya itu sahih kerana kawan kakaknya merupakan sepupu kepada PA Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin.

Namun gadis berkenaan telah memadam twit tersebut serta mengunci semua laman sosial yang dimiliki olehnya termasuk laman Instagram.

Di laman Instagram, gadis itu memiliki seramai 53,000 pengikut dan tidak pasti pula sama ada akaun Twitter tersebut memang miliknya ataupun akaun palsu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Perkara tersebut telah disahkan palsu oleh Neelofa sendiri dalam IGTV yang dimuat naik olehnya pada 27 Disember lepas.

Disebabkan isu mengenai minyak pengasih itu, Neelofa sendiri berasa terkejut apabila mengetahui tentang berita tersebut dan berharap agar semua spekulasi dapat dihentikan dengan segera.

Netizen turut berharap agar gadis tersebut dapat dicari dengan segera kerana fitnah yang disebarkan olehnya itu benar-benar berat sehingga mencemarkan nama Neelofa dan PU Riz sendiri.

Semoga perkara ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua agar tidak menyebarkan berita palsu serta gadis tersebut dapat menyelesaikan isu ini bersama dengan pihak Neelofa dengan segera.

Sumber foto dan video: Instagram, Twitter Nadiah Khairuddin dan Instagram Neelofa

Baca juga artikel sebelum:

Tampil Jawab Spekulasi Sudah Bernikah Dan Terkena Pengasih PU Riz, Neelofa Tenang Mohon Doa Orang Ramai

Tidak Cepat Melatah, PU Riz Percaya Akan Ada Jalan Penyelesaiannya Nanti

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage (10)

Sosial

Tidak Kemas Dan Selekeh, Pemakaian Baju Kelawar Selepas Berkahwin Cetus Perdebatan

Pada zaman kini, media sosial menjadi platform yang sangat terkenal untuk dimanfaatkan khusunya bagi golongan muda di mana mereka cenderung untuk berkongsikan perkemabangan semasa dan juga bertukar-tukar pandangan mengenai apa-apa sahaja. Setiap hari mesti ada sahaja perkembangan terkini dan isu yang dibangkitkan di media sosial seperti baru-baru ini, isu pemakaian baju kelawar yang kecoh menjadi topik perbualan netizen di Twitter. Ia menjadi topik perdebatan susulan ada sebilangan... Klik sini untuk […]

today28 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *